Rabu, 25 Mac 2015

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES





Bahan:

4 biji kuning telur A
30 gm gula caster(tp kak nini guna gula halus biasa je)
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak masak/jagung
55 gram tepung kek jenama ross (kak nini guna tepung gandum biasa ayak 2 kali)
20 gram tepung kastad
1 sudu kecil baking powder


4 biji putih telur A
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster
cream of tartar 1 sudu kecil


Cara2nya: 

  1. Panaskan oven pada suhu 170 c (kak nini buat 160 c je sebab oven kak nini panas)
  2. Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar @ mangkuk kertas cup cake yang keras cawan muffin
  3. Satukan tepung, kastad dan baking powder. kemudian ayak 3 kali
  4. Pukul kuning telur dan gula menggunkan whisk aje. Tambahkan vanilla, susu dan minyak dan pukul rata. Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
  5. Dalam bekas lain - pastikkan bekas dalam keadaan kering
  6. Pukul putih telur dan garam hingga berbuih. Tambahkan 80 gm gula sedikit demi sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku.
  7. Ambil 1/3 adunan dalam putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.\
  8. Gaul rata dengan keadah kaup balik. Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan keadah yang sama.
  9. Tuangkan adunna dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25 - 30 minit. keluarkan dari oven bila masak.
  11. Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunkan piping beg.

CREAM CUSTARD


Bahan:

  1. 1 sudu besar tepung kastad
  2. 1 sudu besar tepung jagung
  3. 4 sudu besar gula kastod
  4. 200 ml susu segar
  5. 1 biji telur A
  6. 1 sudu besar mentega
  7. 1 sudu teh esen vanila

Cara:

  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul.
  3. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Kemudia masukkan susu yg selebihnya dan kacau.
  5. Masak sehingga pekat menggunakan api sederhana.
  6. Bila dah siap, masukkan mentega dan kacau rata.

Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin dan hiaskan atas cupcakes tadi



Ahad, 20 Julai 2014

Kek Carrot


 kek carrot yang disapu cream cheese dan whip cream (semalam punya citer)


yang nie sebelum disapu cream cheese dan whip cream


Resepi kek Carrot

Bahan- Bahan
  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri(kak nini guna 1 cawan tepung gandum & 1 1/2 cawan tepung roti)
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Secubit garam halus
  • 3 /4 cwn gula perang halus (kak nini guna gula biasa je)
  • 3/4 cwn (atau kurang) gula castor (kak nini guna separuh cawan je)
  • 4 biji telur
  • 1 cwn minyak jagung/masak *(kak nini pakai minyak sawit je)
  • 100gm mentega, dicairkan
  • 2 cawan lobak merah, diparut (kak nini guna 3 biji lobak yang saiz kecil dan kak nin tak sukat pakat agak je)
  • 30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... ) kak nini tak letak

CREAM CHEESE TOPPING:
  • 250gm cream cheese (kak nini guna 200gm je dan tambah whip cream 200ml)
  • 4 sudu besar butter
  • 1/3 cwn gula icing, diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon (kak nini tak letak)


*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.



inilah hasil kek kak nini buat semalam(kak nini tak pandai mana pun kalau bab menghias kek nie memang tak lepas pun(sory kalau tak cantik dan comot)


Cara Membuat Kek
  1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan kesemua bahan lain.
  3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
  4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
  7. Bila dah siap sapu cream cheese frosting atas permukaan kek, saya letakkan kek tadi ke dlm petisejuk selama 1 jam. Biar beku sedikit permukaan cream cheese tadi dan mudah utk memotongnya. Selamat Mencuba....


nak buat macam gambar diatas nie tapi tak pandai jadi ikut lah kepandaian sendiri je


Japanese Cotton Cake



Resepi Japanese Cotton Cake


Bahan A: 
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
Cara mengadunnya:


A: Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi



6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon @ secubit cream of tartar
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine(kak nini guna tepung gandum je)
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Kemudian, campurkan ke dalam adunan c/chs td dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja, rasa lagi senang guna whisk)


Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon @ secubit cream of tartar 

Cara Mengadunnya:

Utk adunan B: 

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon @ secubit cream of tartar, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tamabahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya & tepi tu salut dengan aluminium. Tuang adunan kek dalam tin kek. Kalau guna acuan kek silikon tak perlu balut
Bakar kek dalam 30-40minit bergantung pada oven @ hingga kek masak dengan cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
Lepas letak adunan dalam dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dengan aluminunium foil (ni double protection agar air tak masuk terutamanya springfoam pan). 
Lepas itu, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak  dalam oven & bakar.
kek cotton japanese nie sangat lembut.. anda boleh mencubanya




Rabu, 16 Julai 2014

Buah Melaka @ Onde-onde

Assalamulaikum

Resepi kali nie nak dikongsikan ada lah onde2 kalau orang ganu panggil... kuih nie memang sedap tau lebih2 lagi orang perantauan macam kak nini nie nak makan sangat lah kuih muih malaysia nie cuma bahan2nya ada dan ada juga tak ada macam kelapa parut jadi guna je lah kelapa kering asal jadi onde2 dan boleh dimakan sudah kan!

ini lah hasil onde-onde yang di buat bersama anak dara kak nini


dalam resepi yang kak nini tengok tu namanya BUAH MELAKA PANCAWARNA sebab banyak kaler juga lah tapi kak nini buat satu kaler je warna hijau cukuplah tak payah nk banyak2 kaler kan tapi kalau ada sesiapa yang suka boleh je nak letak berapa kaler pun bagi menarik kan lagi onde-onde.


Bahan-bahan:
4 cawan tepung pulut
5 sudu besar tepung gandum
2  cawan air atau secukupnya (kak nini letak 2 cawan lebih air, adunan dia lembik sedikit tapi oleh digetel)
1 - 2 keping gula melaka / Nissan (kak nini guna yang jepun punya nie tak tahu berapa guna sebab bentuknya bukan macam yang malaysia punya.. main pakat potong je)
sehelai daun pandan (kak nini tak guna sebab dekat jepun nie tak ada)
Pewarna hijau, kuning dan merah ( kak nini buat kaler hijau je)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering ( kak nini guna kelapa kering je sebab dekat sini tak ada kelapa muda dan kak nini rebus kelapa kering tu untuk nak lembutkannya)
sedikit garam

Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan  tepung pulut dan  tepung gandum, sedikit pewarna hijau ke dalam bekas.
Masukkan air ke dalam bekas yang di isi tepung dan uli sehinga sebati. Jika adunannya lembik boleh ditambah sedikit tepung gandung( adunan nie sekali uli je sebab pakai satu kaler kalau nak banyak keler kena bahagikan adunan 3 bahagian dan letak air sikit demi sedikit)
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!



Selamat mencuba


Selasa, 15 Julai 2014

Cinnamon Roll



Resepi kayu manis gulung doh : Tepung roti 100g 40g tepung semua tujuan 2 sudu besar yis intant ... td bljr LTK 1 Sudu Besar ( Sudu Jenis Bulat ) 1/2 telur ( 26g ) dipukul 50ml air suam ( 42- 43G ) 1/3 sudu teh garam 30g mentega , dilembutkan mengisi: mentega 20g gula 20g 1/4 telur ( 13g ) 20g serbuk badam 5g serbuk kayu manis 5g tepung semua tujuan ( inti Jogja blh diguna sardin , tuna, Coklat , kopi , sambal ikan bilis ke dan Sebagainya klu x Suka serbuk Kulit kayu manis mcm Resepi diatas ) gula sayu : 3 sudu serbuk ( aising ) gula 1 sudu teh air (Untuk aising nie blh diganti dgn aising wipping krim) 1) di dalam mangkuk pengadun yang besar, menggabungkan 2 jenis tepung. mengambil separuh daripada tepung keluar dan dimasukkan ke dalam mangkuk kecil untuk digunakan kemudian. ke dalam mangkuk besar , tambah gula dan yis segera. letakkan yis sebelah gula. menambah telur di sisi lain mangkuk dari yis . tuangkan air panas ke yis . ini akan mengaktifkan yis . campuran bahan-bahan dengan sudu kayu. kacau sehingga anda mendengar bunyi menampar . 2) menambah pada separuh baki tepung, garam dan mentega. kacau rata. sekerap ke tepi mangkuk dengan pengikis . apabila semua tepung dicampur di dalam dan sebati , ambil doh ke permukaan yang bersih untuk menguli . beberapa doh akan melekat pada jari anda, kabar kemas pada masa ini. menguli menggunakan tumit tangan anda, tolak ke bawah doh dan menolak ia jauh daripada anda. tarik doh dan lipat . berulang. 3) menguli sehingga doh menjadi lembut , licin dan anjal (8 minit). membentuk doh menjadi bola dan letakkan ke dalam mangkuk , tutup mangkuk dengan bungkus plastik dan biarkan ia bangkit di tempat yang hangat (40 Darjah ) sehingga ia menjadi dauble dalam saiz ( 25-35 minit). 4) untuk membuat pengisian kayu manis , campuran gula dan mentega bersama-sama. masukkan telur pada sedikit pada satu masa. kacau setiap kali. menambah kuasa badam , tepung dan serbuk kayu manis. kacau ingrediants juga. 5) ujian jari : untuk memeriksa jika kenaikan selesai. debu jari anda dengan tepung dan mencucuk doh yang dibangkitkan dengan jari anda. apabila anda mengangkat jari anda dan lubang tidak menutup ini menunjukkan penjanaan itu selesai. jika lubang runtuh, memberikan 10 minit. menumbuk doh dengan pergelangan tangan anda 3 kali untuk melepaskan udara. menguli doh ke dalam dhape bola lagi, tutup dengan kain basah dan biarkan ia berehat di atas meja selama 10 minit. ini akan membolehkan gluten untuk menyelesaikan. 6) roll doh keluar ke 20 x 20 cm persegi. menyebarkan kayu manis mengisi lebih doh. roll doh ke dalam silinder. dipotong kepada 5 keping ( Atas layang-layang nk potong brp pun klu xnak 5 blh potong 6 ke 7 ke 8 ke ikut Suka ) 7) meletakkan doh dipotong pada dulang oven dipenuhi dengan lembaran memasak. tutup dengan bungkus plastik dan kain basah. biarkan ia duduk di tempat yang hangat (40 Darjah ....... 20-25 minit) manakala doh pergi untuk kenaikan kedua, menyediakan sayu gula. menggabungkan gula tepung dan air. kacau memastikan tidak ada sekaligus. Tambah air jika ia adalah tebal. kita mahu konsisten berair. 9) Bruch gulung dengan mencuci telur sebelum dibakar. membakar gulung dalam ketuhar dipanaskan , 180 Darjah ( 12-15 minit) untuk ketuhar elektrik , 170 Darjah 8-13 minit untuk oven gas

Cupcakes Carrot

Assalamulaikum.... Saya ingin berkongsi resepi yang telah saya pelajari sepanjang saya tinggal di bumi sakura.... saya pernah masuk kelas cupcakes ini dan orang yang ajarnya juga sesama kite je... kelas ini bukan ada selalu hanya sebulan sekali dan kadang2 tak ada langsung.... mari kite lihat resepinya dibawah




(Untuk Cupcakes ) tepung 130g 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil baking soda ¼ sudu kecil garam ½ sudu teh kayu manis ¼ sudu teh buah pala 60g gula putih 60g gula perang 2 biji telur Lobak parut 180g nanas 20g ½ sudu kecil esen vanila 30g walnut minyak 120cC (Untuk pembekuan itu ) Krim keju 100g Krim cambuk 80cC atau krim segar 3 sudu kecil gula (Untuk topping ) Kenari Raisins sirap maple arahan: (Untuk Cupcakes ) Panaskan oven kepada 180 darjah Celsius. Ayak bahan kering bersama-sama dalam mangkuk. Chop walnut , menjengkelkan lobak , memerah jus daripada nanas dan potong kepada kepingan kecil. Letakkan setiap bahan dalam mangkuk berasingan. Diketepikan. Campurkan bahan-bahan kering dengan minyak. Campurkan gula dan telur. Tambah dalam lobak parut dan walnut cincang. Kacau sehingga hanya diperbadankan. Sudu ke dalam kapal kertas dan bakar dalam ketuhar yang bersuhu selama 18 - 20min atau sehingga gigi jemput dimasukkan keluar bersih. (Untuk aising ) Haba krim keju di dalam ketuhar gelombang selama 20 saat dan masukkan ½ gula. Kacau sehingga krim keju adalah lancar. Whip krim dengan gula hingga kembang . Tambah dalam krim keju dan gaul rata. ( Pemasangan ) Tempat pembekuan dalam beg paip dan fros cupcakes. Taburkan walnut cincang, kismis dan hujan renyai-renyai dengan sirap maple