Rabu, 16 Julai 2014

Buah Melaka @ Onde-onde

Assalamulaikum

Resepi kali nie nak dikongsikan ada lah onde2 kalau orang ganu panggil... kuih nie memang sedap tau lebih2 lagi orang perantauan macam kak nini nie nak makan sangat lah kuih muih malaysia nie cuma bahan2nya ada dan ada juga tak ada macam kelapa parut jadi guna je lah kelapa kering asal jadi onde2 dan boleh dimakan sudah kan!

ini lah hasil onde-onde yang di buat bersama anak dara kak nini


dalam resepi yang kak nini tengok tu namanya BUAH MELAKA PANCAWARNA sebab banyak kaler juga lah tapi kak nini buat satu kaler je warna hijau cukuplah tak payah nk banyak2 kaler kan tapi kalau ada sesiapa yang suka boleh je nak letak berapa kaler pun bagi menarik kan lagi onde-onde.


Bahan-bahan:
4 cawan tepung pulut
5 sudu besar tepung gandum
2  cawan air atau secukupnya (kak nini letak 2 cawan lebih air, adunan dia lembik sedikit tapi oleh digetel)
1 - 2 keping gula melaka / Nissan (kak nini guna yang jepun punya nie tak tahu berapa guna sebab bentuknya bukan macam yang malaysia punya.. main pakat potong je)
sehelai daun pandan (kak nini tak guna sebab dekat jepun nie tak ada)
Pewarna hijau, kuning dan merah ( kak nini buat kaler hijau je)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering ( kak nini guna kelapa kering je sebab dekat sini tak ada kelapa muda dan kak nini rebus kelapa kering tu untuk nak lembutkannya)
sedikit garam

Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan  tepung pulut dan  tepung gandum, sedikit pewarna hijau ke dalam bekas.
Masukkan air ke dalam bekas yang di isi tepung dan uli sehinga sebati. Jika adunannya lembik boleh ditambah sedikit tepung gandung( adunan nie sekali uli je sebab pakai satu kaler kalau nak banyak keler kena bahagikan adunan 3 bahagian dan letak air sikit demi sedikit)
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!



Selamat mencuba


Tiada ulasan:

Catat Ulasan